Dikunjungi Dato’ Ahmad Shafee Sabaruddin

Last update on: 12 October 2009

Beberapa hari lepas, teratak kami dikunjungi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Dato’, menjalankan perniagaan di dalam negara dan juga antarabangsa. Beliau ke sini atas urusan perniagaan, dan kami menjemput untuk datang ke rumah bersama pemandu beliau yang merupakan sahabat baik kami disini.

Aku ditugaskan untuk memasak pada hari tersebut. Dibantu oleh beberapa rakan serumah. Lama juga aku tidak memasak untuk jumlah yang ramai ni. Rasa kurang yakin datang, sedap, tak sedap, cukup tak cukup. Tapi tetap berpegang dengan tahap keyakinan yang tinggi. hehe.

Ad-hoc masakan yang keletihan
Dato' bergambar bersama Ad-hoc masakan yang keletihan

Memasak merupakan aktiviti yang meletihkan, ditambah pula dengan panas dapur, cukup menguji kesabaran. Itu semua hilang jika kita saling bantu membantu antara satu sama lain.

menumpang-popular
Ini semua lakonan semata-mata, tiada kena-mengena dengan Negara Perancis

:D tidak sempat aku dibuatnya
😀 tidak sempat aku dibuatnya

Cameraman tidak letih menangkap telatah sahabat-sahabat beliau. Aminrul, Helmi dan aku sedang menjamu selera setelah semua makanan dihidangkan kepada tetamu. Nasi dalam talam itu dinamakan sebagai Nasi Mandi, Hadrul Maut.Sedia menerima tempahan 50 orang ke atas sahaja.

Buku yang diberi Oleh Dato'
Buku yang diberi Oleh Dato'

Mendapat buku percuma dari Dato’ Ahmad Shafee Bin Sabaruddin. Terima Kasih ya!. Untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan buku ini, sila ke Ulasan Buku di Infomalaya.

13 comments

  • Hohoho! Memasak beramai² mmg

    ektibiti yg sempoi. Caiyolah. 🙂

    • A

      hehe.. memang sempoi kak! lucu lihat perkataan ektibiti tu.. 😀

  • wahhhh bestnyer makan2 ramai2

  • Faridrashidi

    Salam,

    Nampaknya blog ana dah tak leh buka lagi.. macammana nak buat bagi boleh?

  • slm,

    lps ni senang la nak mntk project ngn dato, tu..hehe

  • best ah dato datang umah, pahtu siap dapt buku lagi. cam best buku tu.. bleh cari

    • A

      hehe.. memang best. Yap, buku ini memang bagus untuk usahawan. Belilah.. murah je rasanya.. 😀

  • Faridrashidi

    Salam,

    Apa habaq orang sana? selamat hari raya no.. ni nak tanya awat nak install plugin dia naik ni ‘Unable to locate WordPress Root directory.

    Installation Failed’

    • A

      wslm.. khabar baik. Selamat Hari raya juga.

      Pasal tu mungkin masalah directory atau folder permission.

  • awat habaq lewat haaa..aku nk merasa laa nasi hg tu…dulu makan di melele ja..ishh..pada la…bila nk bt plak..aku nk p kat tanta merasa dgn hg..

    • A

      huh!.. aku ingat hg ada program apa-apa. Lepaih ni la hang mai masak. aku nak merasa jugak.

Leave a Reply to admin (Cancel Reply)

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.