Tujuan Menulis Blog

Ini merupakan sesi meluahkan perasaan, sila jangan terasa. Baca juga sebagai seorang yang kosong berkaitan internet.

Aku sudah menulis blog dengan nama domain sendiri sejak 2005, ketika itu baru aku kenal apa itu Search engine optimization (SEO). Alhamdulillah, dengan berkat kerajinan aku mencari apa maksud semua benda ini dahulu membuahkan hasil.

Aku telah mencuba bermacam-macam Content Management System (CMS) Script. Aku telah mencuba phpnuke, Joomla, drupal, dan banyak lagi. Boleh dikatakan aku boleh mengendalikan semua dari CMS ini, dari segi template, content, SEO dan sebagainya. Namun, aku telah beralih kepada Worpress. Ada juga dari segelintir rakan-rakan bertanya, “Kenapa kau tukar kepada wordpress? kenapa tinggalkan Joomla?”. Dulu aku memang minat kepada Joomla, segala selok belok Joomla aku kenal.

Jawapan dari aku, aku menggunakan WordPress kerana lebih mesra SEO, mudah dikendalikan, cara pemasangan yang mudah, script yang ringkas dan lengkap. Kenapa pula aku tinggalkan Joomla? Jawapan mudah dari aku, kurang mesra SEO. Kurang ya! bukan tidak. Joomla juga script yang terlalu compleks, walaupun boleh dikatakan expert. Agak susah bagi pengguna baru mencuba. Antara sebab lain aku tinggalkan joomla juga disebabkan rasa terkilan dengan Forum Joomla tempatan. Bukan sebab kena kepada aku, cuma aku kasihan melihat orang lain. Cukup setakat itu.

Berbalik kepada tajuk, tujuan aku menulis blog ini. Dahulunya, aku hanya ingin belajar tentang domain, hosting, xhtml, CSS, Php, design dan sebagainya. Bila dah tahu semua benda ini, aku mula tamak, tamak dari segi Page rank, SEO, mudah cerita, orang cari sesuatu keyword terus akan jumpa blog kita. Berada pada senarai teratas pada laman carian google, yahoo, msn dan laman carian popular lain.

Jadi tujuan menulis blog aku telah berubah setelah memahami. Berubah kepada menjadi Jutawan! haha. Tapi blog ahmadrushdi.com ini tetap bersih dari iklan. Disini aku akan sampaikan hal-hal peribadi sahaja dan benda yang aku rasa berguna untuk orang lain.

Sejak akhir-akhir ini ramai yang datang bertanyakan berkaitan domain dan hosting. “Bagaimana ya hendak membeli domain dan hosting ini? boleh tolong belikan tak?” itulah soalan yang kerap ditanya. Aku tidak akan terus membeli, sebaliknya aku menjawab supaya belajar xhtml, css, sedikit Php, dan sedikit kaitan domain serta hosting. Belajar dan kenal supaya mudah dimasa akan datang.

Bukan tidak mahu tolong, kalau boleh lakukan carian terlebih dahulu, fahamkan segala berkaitan benda ini. Tanya di forum-forum. Lebih ramai pakar akan menjawab dengan pendapat masing-masing. Usaha sendiri sebelum bertanya adalah lebih baik.

Aku suruh mereka faham ada sebabnya. Bayangkan jika siap membeli, banyak pula soalan yang akan ditanya, “bagaimana yang buat begini, begitu, nak yang macam laman web ini, apa yang laman web tu guna ya! boleh tolong ajarkan tak?”, aku tahu tolong-menolong adalah sifat terpuji, tetapi sehingga mengganggu masa dan tenaga saudara kita adakah ia sifat terpuji? tidak bukan? jadi fikirkanlah. Mungkin ramai akan menganggap aku semakin sombong. Aku tidak salahkan kamu semua, cuma aku berharap semua memahami. Aku tidak mahu dikenali kerana blog, komputer, dan internet. Disebabkan ini juga aku jadi tidak semangat untuk menulis.

Bukan sahaja aku menghadapi situasi begini, malah ramai lagi webmaster yang menghadapi situasi sama. Tidak percaya? tanyalah mereka dengan jujur hehe. Jadi, adalah lebih baik hubungi aku melalui emel. Supaya mudah aku menyusun senarai menunggu untuk dibalas. 😀 Apa pendapat korang jika bergelar webmaster?

9 Comments

  1. Cakap pasal blog, tiada masalah. Cuma, masa hendak cari idea memang susah sikit. Yang masalah pada saya ialah SEO. Tak faham-faham. Macam mana?

  2. salam
    rushdi, alhamdulillah apa yang anta ada dapat kongsi bersama.
    selalunya webmaster ni mmg sifat terpuji, selalu tolong dan bantu orang. dia tolong bukan dengan duit, tapi dengan tenaga, masa dan kemahiran yang dia ada. tapi kekadang orang tak faham, nk senang saja. asik2 disuruhnya buat itu dan ini. kalau lah dia jadi macam kita, kalau taktau cari dulu dalam google, stadi dulu, dah betoi2 perlukan orang baru la tanya.. ni semua nk tanya org..

    kalau sy la, kalau orang tanya, saya jawab “pergi tanya cikgoo girl..” mmg la itu jawapan sedikit tidak beradab, tapi dah malas nak layan, itu la jawapannya.

    1. wslm ya akhi, kena juga jaga hati mereka yang bertanya. kalau terus suruh macam tu nampak kasar sikit.. hehe..

      Tapi mereka juga perlu faham keadaan kita kan.. 😀

  3. salam, dah lama tak membaca blog rakan saya ni. alhamdulillah sudah hampir setahun blog saya berada di arena internet ni. sebelum ini sama seperti tuan, ingin mempelajari apa itu php, xhtml dan pelbagai lagi. bila dah ramai kawan di dunia blog ni, byk perkara yg perlu dipelajari rupanya, mula megejar PR, SEO dan sebagainya. belajar dan terus belajar, pada yg baru ingin membina blog sendiri. digalakkan belajar apa yg perlu dahulu, jgn terlalu gopoh untuk memiliki hosting dan domain sendiri semata-mata tapi pengetahuan tentang blog kosong. 🙂

    1. ya setuju! sekarang ni ramai nak beli, dalam masa yang sama membebankan orang lain. 😀 tak gitu??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.