Tips Untuk Pengguna Shared Hosting

Blog Mohd Isa, sahabat internet aku telah disuspend tanpa sebab munasabah, katanya. Sebab apa itu aku tidak tahu. Aku turut bersimpati kerana segala fail-fail masih belum dapat diakses. Disebabkan aku juga pernah mengalami masalah begini pada awal penglibatan aku dalam dunia internet, aku rasa ingin membantu sahabat-sahabat lain. Antara masalah yang pernah terjadi, domain tidak boleh ditransfer disebabkan kecuaian provider, server rosak dan diganti hosting sementara yang tidak cukup dengan apa yang dibayar, dan bermacam lagi masalah yang membuatkan aku tersenyum sendiri.

Setelah matang dengan persekitaran dunia internet, aku mengambil langkah dengan mengubah sikap supaya lebih bertenang dan tidak cepat melenting apabila masalah begini berlaku. Seorang pembantu perkhidmatan menghantar emel kepada aku. Ini kandungan dari emel tersebut :

Kami boleh menyediakan server yang 100% uptime. Tetapi sanggupkah pelanggan membayar harga yang setimpal kerana kos untuk membinanya amat tinggi. Mungkin tuan pernah dengar High Availability Server  **Laman rujukan** . Kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, walaubagaimanapun kami tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Pada **tarikh** berlaku kerosakan harddisk dimana kami terpaksa menyalin semula data dari harddisk simpanan. Harap maklum perkara ini jarang berlaku dan akan berlaku juga dimana-mana syarikat hosting yang lain.

Ayat yang membuatkan aku sedar!. Tidak semua server atau hosting di dunia ini bebas dari masalah teknikal walaupun level datacenter anda Tier 4.

Mohd Isa ada juga menulis selamatkan entri blog dengan google reader. Untuk blog ahmadrushdi.com aku hanya menggunakan shared hosting. Jadi, aku ingin kongsi sedikit tip untuk pengunjung. Ini adalah cara yang aku lakukan, berbeza dengan orang lain mungkin. Jom kita ikuti tips untuk pengguna shared hosting :

  1. Pertama, Create Full Backup. Lakukan backup penuh. Backup penuh ini mengambil masa untuk siap. Ia akan menghantar emel setelah backup siap untuk dimuat-turun. Setelah siap, download dan simpan dengan selamat di dalam harddisk komputer anda.
  2. Kedua, setelah muat turun, buatkan data disc (burn CD/DVD) untuk backup tadi. Boleh diselamatkan jika harddisk crash. 😀
  3. Ketiga, extract backup tersebut dan asingkan fail-fail penting dan letakkan di folder Dropbox atau Ubuntu One. Automatik muat naik dan simpan.
  4. Keempat, kelaskan database blog dan seterusnya upload masuk ke emel utama dan hantarkan kepada akaun emel yang lain. Hanya database, gambar tidak diperlukan.
  5. Kelima, aku import ke tumblr. Anda boleh lihat di http://arynet.tumblr.com

Aku bebas untuk akses dimana sahaja untuk restore jika blog aku menghadapi masalah. Alhamdulillah, aku sekarang tidak mempunyai banyak masalah lagi berkenaan domain dan hosting. Ketika entri ini ditulis aku sedang membelek DVD Disc – Backup 061208. Menunjukkan tarikh pada 6hb Disember 2008.

Sebenarnya sayang akan penulisan aku, walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Bukan senang hendak menulis perkara sama pada waktu berlainan. Walaupun jarang mengemaskini, kini blog ahmadrushdi.com berada pada PR3 – Lihat senarai di blog DenaiHati. Ikuti juga tips untuk tingkatkan pagerank. Terima kasih kepada penyumbang trafik ke blog ini.