Tips Untuk Pengguna Shared Hosting

Blog Mohd Isa, sahabat internet aku telah disuspend tanpa sebab munasabah, katanya. Sebab apa itu aku tidak tahu. Aku turut bersimpati kerana segala fail-fail masih belum dapat diakses. Disebabkan aku juga pernah mengalami masalah begini pada awal penglibatan aku dalam dunia internet, aku rasa ingin membantu sahabat-sahabat lain. Antara masalah yang pernah terjadi, domain tidak boleh ditransfer disebabkan kecuaian provider, server rosakย dan diganti hosting sementara yang tidak cukup dengan apa yang dibayar, dan bermacam lagi masalah yang membuatkan aku tersenyum sendiri.

Setelah matang dengan persekitaran dunia internet, aku mengambil langkah dengan mengubah sikap supaya lebih bertenang dan tidak cepat melenting apabila masalah begini berlaku. Seorang pembantu perkhidmatan menghantar emel kepada aku. Ini kandungan dari emel tersebut :

Kami boleh menyediakan server yang 100% uptime. Tetapi sanggupkah pelanggan membayar harga yang setimpal kerana kos untuk membinanya amat tinggi. Mungkin tuan pernah dengar High Availability Server ย **Laman rujukan** .ย Kami sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, walaubagaimanapun kami tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Pada **tarikh** berlaku kerosakan harddisk dimana kami terpaksa menyalin semula data dari harddisk simpanan. Harap maklum perkara ini jarang berlaku dan akan berlaku juga dimana-mana syarikat hosting yang lain.

Ayat yang membuatkan aku sedar!. Tidak semua server atau hosting di dunia ini bebas dari masalah teknikal walaupun level datacenter anda Tier 4.

Mohd Isa ada juga menulis selamatkan entri blog dengan google reader. Untuk blog ahmadrushdi.com aku hanya menggunakan shared hosting. Jadi, aku ingin kongsi sedikit tip untuk pengunjung. Ini adalah cara yang aku lakukan, berbeza dengan orang lain mungkin. Jom kita ikuti tips untuk pengguna shared hosting :

  1. Pertama, Create Full Backup. Lakukan backup penuh. Backup penuh ini mengambil masa untuk siap. Ia akan menghantar emel setelah backup siap untuk dimuat-turun. Setelah siap, download dan simpan dengan selamat di dalam harddisk komputer anda.
  2. Kedua, setelah muat turun, buatkan data disc (burn CD/DVD) untuk backup tadi. Boleh diselamatkan jika harddisk crash. ๐Ÿ˜€
  3. Ketiga, extract backup tersebut dan asingkan fail-fail penting dan letakkan di folder Dropbox atau Ubuntu One. Automatik muat naik dan simpan.
  4. Keempat, kelaskan database blog dan seterusnya upload masuk ke emel utama dan hantarkan kepada akaun emel yang lain. Hanya database, gambar tidak diperlukan.
  5. Kelima, aku import ke tumblr. Anda boleh lihat di http://arynet.tumblr.com

Aku bebas untuk akses dimana sahaja untuk restore jika blog aku menghadapi masalah. Alhamdulillah, aku sekarang tidak mempunyai banyak masalah lagi berkenaan domain dan hosting. Ketika entri ini ditulis aku sedang membelek DVD Disc – Backup 061208. Menunjukkan tarikh pada 6hb Disember 2008.

Sebenarnya sayang akan penulisan aku, walaupun dengan kuantiti yang sedikit. Bukan senang hendak menulis perkara sama pada waktu berlainan. Walaupun jarang mengemaskini, kini blog ahmadrushdi.com berada pada PR3 – Lihat senarai di blog DenaiHati. Ikuti juga tips untuk tingkatkan pagerank. Terima kasih kepada penyumbang trafik ke blog ini.

15 Comments

  1. satu tips yang menarik untuk backup fail-fail penting dari blog kita, mungkin salah aku juga tidak membuat backup sebelum ini dan aku sendiri faham dengan masalah yang dihadapi oleh provider hosting. no body perfect in this world. so, sebab itu aku tidak nyatakan provider hosting aku sebelum ini. bukan niat untuk berahsia, tetapi adalah untuk tidak menjatuhkan orang lain mencari rezeki. prinsip hidup aku juga mengatakan “bukan senang hendak memahami apatah lagi untuk difahami.” cuma mungkin aku kecewa sedikit apabila email, mesej dan telefon tidak dijawab. tapi hari ini aku bersyukur kerana aku berjaya memindahkan segala domain aku walaupun aku tidak mendapat backup fail aku lagi. mungkin ini pengajaran buat aku agar lebih berhati-hati selepas ini. terima kasih sekali lagi atas tips dan info yang menarik ini. terima kasih juga untuk pingback dan linkback untuk blog aku. ๐Ÿ™‚

    1. Benda tak jangka nak berlaku, apa boleh buat. Ya, mungkin berlaku pada kita tetapi tidak pada orang lain. ๐Ÿ˜€

      Nanti dapat la file2 semua tu. InsyaAllah.

  2. Kak Jie tak pandailah nak buat..skrg ni auto backup hantar ke email
    lepas tu tak buat apa2 pun
    ada dlm email – dlm folder

    1. Dulu saya buat auto backup juga guna emel. tetapi bila lihat database kosong. entah kenapa. Sebab tu tak berani buat auto dah sekarang. hehe..

    1. Saja burn cd, sbb pernah terjadi HD crash. Taknak benda berulang. hehe. Besar tu tidaklah, tetapi hampir penuh juga satu CD.

  3. salam ..1st komen kat sini kot..
    so far haku tak pernah lagi terjadi masalah2 blog down dan lain..tapi langkah2 berjaga2 ttp diambil..setiap minggu haku akn buat back up.tp tak macam yg kamu buat ler.. hohoo .. kena ikut cara bro arr, lagi secure haku tgk ..ehe

    1. wslm, selamat datang. pernah jadi benda ni semua masa mula kenal dunia internet. Cara backup masing-masing berlainan hehe.. Ikutlah cara ini. Kos pun sikit saje. Kalau ada masa lapang tu, boleh juga tgk2 backup lepas2, apa yang ada. sambil senyum-senyum seorang diri. hehe..

  4. backup kat tumblr.. huhu.. bagus jugak.. auto backup ka?

    backup guna google reader mmg bagus jugak.. aku penah terhilang enteri. tengok kt google reader alhamdulillah ada balik..

    setakt ni aku guna auto backup ke emel saja..

    1. eh, tumblr tu bukan autobackup, ada script.
      dah guna auto backup dulu, database kosong, tapi saiz dia menunjukkan ada. ntahla. Mungkin auto backup skrg ni lebih baik kot. hehe.

  5. I apologise for being off-topic but I was just curious as to which hosting company you use? You seem to mention different web hosts but from what I can see, you’ve not actually discussed the host that you use to store your blog. I think that it would be a good idea to share this with me and your other users. — Jake.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.