Apa yang aku lihat sekarang ini, ramai rakyat Malaysia mengalami pertambahan berat badan dan kegemukan. Mungkin kerana terlalu kerap mencuba makanan baru, terutama makanan segera yang kini menjadi budaya rakyat Malaysia.
Duduk di rumah dan pesan!. Tunggu sampai, bayar dan makan. Semakin lama, semakin malas dibuatnya. Senaman pun tidak.
Akibatnya ramai yang mengalami masalah kegemukan dan obesiti. Ramai juga yang sedar tentang perkara ini, dan mula untuk kembali sihat seperti sebelumnya. Ini kerana akibat dari kegemukan, pelbagai penyakit menyerang seperti kencing manis, darah tinggi, masalah pernafasan dan sebagainya.
Ramai yang ingin mengurangkan berat badan, tapi aku sebenarnya ingin menambah berat badan. sekarang ini sudah bertambah, sebanyak 3kg, yang sebelum ini 65kg. Sekarang sudah 68kg. Target seterusnya antara 72-75kg. Sikit lagi. yahhh!
Bagi mereka yang inginkan tips menguruskan badan atau mengurangkan berat badan, sila cuba amalkan apa yang aku tulis ni. Pertama sekali, kita kena menjaga dari sudut cara pemakanan.
- Biasakan makan sayuran atau buah-buahan sebelum mengambil makanan berat.
- Makan pula jangan sampai terlalu kenyang, hanya sekadar perlu untuk tenaga. Ianya juga membantu mengurangkan masalah penghadaman.
- Seterusnya selepas makan jangan terus minum air, tunggu sebentar.
- Juga jangan tidur selepas makan, sebaiknya bergerak dan berjalan sekurang-kurangnya 5 minit.
Seterusnya kita senaman. Aku juga malas senaman sebenarnya. Sibuk dengan kerja dan sebagainya. Aku cuba perlahan-lahan, aku beli tali skipping, dan cuba untuk melompat antara 1-3 minit sehari. Itu sudah cukup. Aku juga melakukan push up, sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Banyak tak? sikit je kan.
Mungkin orang yang mempunyai lebihan berat badan sukar untuk melakukan skipping dan push up. Jadi, aku cuba berikan tips yang ringkas dan mudah.
- Mulakan senaman anda dengan berjalan. Sekurang-kurangnya 10 minit sehari. Berjalan sahaja, tidak perlu berlari untuk mendapatkan hasil yang cepat. Ianya akan membantutkan semangat anda.
- Bilamana anda sudah berasa yakin dengan berjalan itu sudah biasa, cuba pula berlari perlahan. Sekadar anda mampu. Jangan memaksa diri anda berlari.
- Lakukan diluar rumah di waktu pagi atau petang sambil menikmati udara nyaman dibawah cahaya matahari, hehe.
Sebenarnya masih banyak tips yang boleh anda amalkan, cuma apa yang aku tuliskan disini adalah asas dan tahap termudah untuk anda lakukan. Apa yang penting ialah lakukan secara berterusan. Jangan hanya sekali dua. Mungkin juga ada yang mengatakan, “tak berkesan pun cara ini!”. Sebenarnya ia terpulang kepada semangat anda.
Tiada cara yang cepat untuk mengurangkan berat badan bagi yang mengalami masalah kegemukan. Sebaik-baik cara untuk menguruskan atau mengurangkan berat badan adalah dengan workout atau senaman ringkas. Penting! jangan terlalu berharap kepada pil menguruskan badan atau lain-lain produk menguruskan berat badan.
Jika ada tambahan atau kritikan sila maklumkan. Kongsi cara anda!