Dan juga kata Syeikh Ibnu Ajibah al-Hasani di dalam “Bahrul Madid” (3/188,cetakan al-Doktor Hasan Abbas Zaki) : “Antara tanda kesempurnaan keadilan Allah taala bahawa sesungguhnya dia tidak akan mengazab sehingga diberi peringatan dan alasan dengan diutuskan rasul; sepertimana firman Alah taala : ﴿وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ﴾ Dan tiadalah Kami mengazabkan seseorang pun di dunia dan di akhirat ﴿حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا﴾ sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul menerangkan hujjah dan mengajarkan syariat dan menguatkan hujjah keatas mereka,dan ayat ini juga menjadi dalil bahawasanya tiada hukuman sebelum disampaikan syariat bahkan perkara ini terhenti sehingga datangnya syarak”.