Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang mengunjungi blog ini. Sedar tidak sedar sudah 8 hari berpuasa di tahun 1433 Hijrah ini. Aku tinggal di Tanta, satu bandar kecil yang terlalu istimewa. Seronok tinggal di Tanta, macam-macam ada.
Disini, selepas asar ada liga bola sepak. Sepanjang Ramadhan. Kerap juga aku pergi menonton perlawanan. Mantap walaupun mereka berpuasa ketika bermain. Laju dan kuat.
Kebiasaan liga ini berlangsung sehingga Maghrib, waktu ini hampir 1 jam 30 minit sebelum berbuka. Pasukan berbaju putih mendahului dengan jaringan 1-0
Budak-budak tu bukan dengar cakap, orang dah suruh duduk tepi degil juga nak tengok dekat-dekat. “Ya walad! ”
Separuh masa kedua, pasukan merah membalas serangan dan menang dengan jaringan 4-1. Hebat bukan. 30 minit satu perlawanan. Separuh masa 15 minit.
Aku kagum dengan perlawanan seterusnya, pasukan berbaju biru. Pemain semuanya berbakat. Badan semua tegap-tegap. Lari laju, macam orang tak puasa!. Jeles tengok. Patutlah bangsa arab ini kuat, teringat kisah para sahabat Nabi yang pergi berperang dibulan puasa. Bagaimana keadaan semasa perang, cuaca panas, bermusafir pula. Aku rasa kerdil sangat bila teringat benda-benda macam ni. 🙂
Dah selesai di padang bola tadi, balik beri sedikit minuman untuk berbuka. Sampai depan rumah ada seekor kucing yang nama Achan. haha. Muka tension orang tak buka pintu. Selalu kalau ada orang, dia bunyi je dah buka pintu.
Muka berlagak tambah tension ambil gambar dia. Suruh pandang kamera pun taknak tu. Tua dah, sapa nak pujuk?. 😀
Ini dah ok sikit, setelah dipujuk. Suruh tengok kamera pun macam nak taknak ja tu, faham pula cakap ehh. Sebenarnya, dia ni rasanya dah kena sihir dengan kucing-kucing betina arab, tak balik rumah, ikut ja betina tu kemana pergi. hishh!! Ikut kaulah, dah besar.
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
hahahaha,muka kucing 2 macam dia plak maen bola time2 puasa nie…
muka nampak macam letih an?
Bulan puasa badan ringan kerana tak makan.
Terkenang masa dulu, balik sekolah petang boleh berlari ..
comel aiiih blog dia..hahhaha…:)
uih.. dak aih. tak comei pon. keke..
bulan posa pun leh main bola lagi
mcm best je dapat berpuasa dan berbuka kat sana…
beraya kat sana juga ke???
Aku singgah sini bab aku suka tengok bola dan kucing..hee. Anyway, nice info. er.kat mana bandar Tanta er?