Saya Pun Boleh Berjaya

buku“Kalau mereka boleh berjaya, aku pun boleh berjaya.” Inilah kata-kata yang sering dilafazkan oleh seorang yang cemerlang dalam hidupnya. Apabila menghadapi masalah atau jalan buntu, mereka tidak mudah berputus asa kerana berkeyakinan bahawa orang lain boleh buat sesuatu atau berjaya mengapa mereka tidak boleh.

Rujukan mereka ialah orang yang cemerlang yang mebuktikan kehebatan diri. Tetapi bagi orang yang lemah pula ada tiga kemungkinan. Pertama mereka tidak ada rujukan mana-mana orang yang cemerlang. Keduanya, kalau ada pun rujukan orang cemerlang, mereka merasakan mereka tidak mampu atau layak untuk berjaya seperti itu. Atau ketiganya, rujukan mereka ialah rakan yang lemah sendiri.

Bagi merasionalkan kelemahan atau kemalasan mereka, orang ini akan berkata “Kalau dia tu sudah berusaha pun masih gagal, buat apa kita berusaha bersungguh-sungguh.”

Aku akan mengharungi peperiksaan tidak lama lagi, iaitu pada 11hb Januari sehingga 22hb Januari 2009. Doakan aku berjaya. Ya Allah! berikanlah aku ilmu dan berkatilah hidupku.