Menjamu selera di sebuah restoran yang berhawa dingin, tenang rasa hati dan selesa ketika menjamah makanan. Di musim panas ini, apa salahnya sekali sekala berbuat begitu.
Ketika asyik menjamah makanan, mata aku asyik memerhati keadaan sekeliling. Nampak seorang pemuda membawa isteri dan 4 orang anak memasuki restoran. Dilihat dari segi rupa, seperti dari Pakistan. Kerusi disusun oleh pemuda tersebut memberi tempat duduk kepada isteri dan anak-anak yang comel itu – sedikit nakal. Keceriaan dan Kebahagiaan sebuah keluarga yang jarang kita lihat, penuh tanggungjawab.
Menu dibelek dengan teliti, berbahasa arab. Kepala digeleng. Kemudian memanggil pelayan restoran untuk membuat pesanan mungkin. “Can you speak english?” tanya pemuda tersebut kepada pelayan.
Pelayan berbangsa arab tersebut menggeleng kepala dan isyarat tangan supaya mengulangi. Sah, tidak boleh berbahasa inggeris. Pelayan tersebut cuba memanggil pembantu disitu, namun tidak memahami bahasa inggeris juga.
Aku memanggil pelayan tersebut dan bertanyakan apa yang pemuda itu mahu. Aku boleh bantu jika engkau mahu. Pelayan tersebut setuju dan aku bangun mengiringi pelayan tersebut untuk bersembang dengan pemuda tadi.
Bermulalah sesi memesan makan dalam dua bahasa berbeza, Inggeris dan Bahasa Arab. Dan aku? sebagai penterjemah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Selesai. Anak-anak dia yang comel itu semua berbahasa inggeris, cuba bergurau dengan aku, bertanya nama, dari mana dan bermacam-macam soalan ditujukan sebelum makanan yang dipesan siap. Aku menjawab dengan nada bergurau jugalah. 😀 Bahagia rasanya melihat riang-tawa anak-anak kecil.
Pemuda tersebut dari Pakistan seperti sangkaan aku. Pemuda islam. Membawa keluarga merantau ke negara orang untuk mencari ilmu. Mungkin masih baru, kerana tidak fasih berbahasa arab. Seronok pula bila jadi begini, ini juga membantu meningkatkan penguasaan bahasa untuk diri aku. Aku ingin menambah bahasa lain jika berpeluang. Bahasa Turki? Perancis? Russia?
Harap boleh bertemu kembali!.
Untungnya belajar kat negara orang. =D
Belajar ilmu + belajar bahasa + belajar budaya
hehe
tu la, teringin nak belajar bahasa lain sama ni.. sikit2 tu boleh la.. haha