Orang Islam Di Myanmar Diperlakukan Dengan Kejam

Belum reda keadaan Umat Islam yang dibunuh dengan kejam di Syria. Kini berlaku pula kejadian bunuh dan siksa terhadap penganut Islam Rohingya di Myanmar.

Kami meninggalkan Myanmar kerana kami diperlakukan dengan kejam oleh tentera. Umat Islam di sana kalau tidak dibunuh, mereka akan disiksa.

Begitulah kata-kata seorang penganut islam yang melarikan diri bersama beberapa rakan  dari Myanmar dengan menumpang perahu tradisional. Berlayar dengan sedikit bekal. Ditambah pula enjin perahu yang mereka tumpang itu rosak, penganut islam Rohingya menderita di lautan.

Seorang warga etnis Rohingya tengah menunggu bantuan diluar sebuah masjid di Sittwe, Myanmar.

Akhirnya mereka ditemui oleh nelayan Aceh dalam keadaan lemah. Menurut cerita, mereka terumbang ambing omabk di lautan selama 20 hari. Mereka ingin pergi ke Indonesia, Malaysia, atau negara lain yang mahu menerima. Demi menyelamatkan diri dan akidah mereka rela kelaparan dan kehausan di tengah lautan.

Sejak 1982, Undang-Undang Kewarganegaraan Burma tidak mengakui Muslim Rohingya sebagai warga negara Myanmar. – sumber

Sungguh sedih, apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa dan memohon agar semua umat Islam seluruh dunia selamat. Islam agama yang benar. Umat islam tidak melakukan perkara yang membangkitkan kemarahan sesebuah agama, tetapi penganut agama lain yang cuba untuk menghancurkan islam kerana kebencian terhadap islam yang dibawa oleh musuh islam melalui media dan teknologi sejak sekian lama.

Aku berharap agar pemimpin negara-negara Islam mampu bertindak mempertahan hak Muslim. Kita pula masih bergembira, berita-berita begini hilang dan senyap dengan keadaan kita yang sibuk dan berseronok dengan kejohanan Euro 2012. Begitu juga dengan kejadian kekejaman tentera Israel laknatullah yang menyerang kapal bantuan makanan yang berlaku sebelum kejohanan Piala dunia Africa Selatan 2010. Hilang, senyap begitu sahaja. Begitu teliti perancangan musuh dalam menghancurkan Islam.