Meninggalnya Seorang Guru Yang Disayangi

Hari ini, 29hb Mac 2018. Ustaz Haron Bin Jasin telah kembali kepada yang Esa.

Terima mesej dari sahabat-sahabat dan anak beliau melalui whatsapp. Allah.. sedih sangat.

Beliau merupakan seorang guru yang cukup tekankan tentang amanah, garang dan dalam masa yang sama suka buat lawak. Sampai sekarang aku masih ingat betapa garangnya beliau dan betapa lucunya ketika mengajar kami di sekolah dulu. Lain daripada yang lain caranya.

Senyum dalam kesedihan kalau aku teringat akan beliau.

Permintaan terakhir beliau beberapa bulan lepas :

Enta ada kitab Manahij Muhaddithsin dak? Ana kadang-kadang mengajar hadith, terlupa manhaj Imam-Imam. Jadi, nak tengok balik la pelan-pelan.

Tanya Ustaz Haron semasa jumpa di warong pagi sambil minum teh dan makan roti canai.

Ada, insyaAllah esok atau lusa saya hantar.

Balik rumah, cari kitab. Kebetulan ada 2 cetakan yang sama dan seperti yang beliau mahu. Esok tu terus saya pergi hantar. Beliau senyum disertai ucapan terima kasih.

Banyak lagi pengalaman-pengalaman menarik sepanjang mengenali beliau, cukup dulu sekadar ini.
Marilah kita sama-sama doakan beliau semoga dirahmati dan diampuni dosa.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا اليه راجعون

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ