Majlis Berbuka Puasa

Aku bercerita ringkas pada kali ini, Wahbah Anwar, sahabat karibku, bangsa arab berketurunan Saidina Muhammad SAW, telah menjemput aku untuk berbuka puasa bersama dengan Ahli Tariqat Ahmadiah Albadawiah. Dia juga menyuruh aku menjemput sahabat-sahabat lain dari kalangan Pelajar Malaysia. Mungkin kesibukan aku dan juga org lain, jumlah yang ingin pergi mulanya ramai, tetapi hanya 6 org berjaya menyahut cabaran ini, ceewah..

22hb September 2008. Pengangkutan disediakan oleh Wahbah, aku berasa malu juga kerana tidak ramai yang ikut. Aku minta maaf dengan dia. Biasalah, dia sentiasa ceria dengan cakapan yang sering membuatkan aku ceria dan menghiburkan, itu kelebihan dia barangkali. Setelah semua bersedia, kami bertolak ke tempat untuk berbuka puasa, iaitu Subra Mallis. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit rasanya, kami agak terlambat, setelah sampai kami dijemput untuk menjamu selera.

Setelah selesai menjamu selera, kami dijemput untuk bersalaman dengan Ayah Wahbah, dan tuan rumah Ahmad Helmi. Aku juga berjumpa dengan Dr. Baiyumi, Kareem Asakir (aku sering bertanya tentang bacaan Al-Quran), Syeikh Ali, dan ahli tariqat lain. Kami disediakan dengan teh panas. Setelah selesai kami memunaikan Solat Maghrib dimasjid bersebelahan tempat berbuka tadi. Syeikh Hussien merupakan imam masjid dan wakil Azhar disitu mengikut cerita dari Wahbah.

Setelah selesai solat Maghrib, kami menuju ke masjid seterusnya untuk menunaikan Solat Isya’ dan Solat Sunat Tarawih. Kami menunaikan 23 Rakaat beserta Witir. Pelajar Malaysia, Mohd Nor menjadi imam untuk 7 rakaat terakhir. Sedap juga suara dia rupanya, tetapi suara agak perlahan.

Seterusnya kami menuju kembali ke rumah Tuan Ahmad Helmi, untuk memulakan majlis zikir. Aku begitu rindu mendengar puji-pujian ke atas Nabi Muhammad, Qasidah Burdah dan Madih berlangsung hampir 3 jam. Tidak putus dengan hidangan teh, kopi dan fresh orange sejuk. Aku begitu gembira dengan majlis ini, dan aku berharap kepada rakan-rakan yang pergi bersama aku juga gembira dan mendapat pengamalan baru.

Tepat pukul 11 malam, majlis zikir ini ditutup dengan bacaan doa dari Wahbah. Kenderaan masih belum sampai, kami menunggu sambil bersembang dengan saudara-saudara Wahbah. Hampir pukul 12 kenderaan untuk membawa kami pulang tiba. Setelah bersalaman, kami bertolak pulang.

Dalam perjalanan kami sempat singgah membeli Buah Mangga yang dijual diluar dusun/kebun mangga. Dibuka 24 jam rasanya. Buah-buah mangga disitu dikelaskan mengikut gred dari Harga LE5 sehingga LE12. Banyaknya tidak terkira. Jumlah yang kami beli disitu adalah 9 1/2 kilo.

Kami menyambung perjalanan dan menuju ke rumah. Pukul 1 pagi juga sampai dirumah. inilah kali kedua aku mengikut Wahbah ke majlis berbuka puasa dia rumah Haji Ahmad Helmi. Terima Kasih, tahun depan jangan lupa ajak lagi. Aku memang bersemangat dan bergembira apabila mengikut Wahbah ni..