Minggu ini sibuk dengan belajar kerana peperiksaan semakin hampir. Ustaz Hafiz yang sudah tamat pengajian disini mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 9hb Januari 2010. Majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat diadakan, jamuan ringkas disediakan kepada para tetamu. Jom kita lihat gambar sepanjang hari kenduri sehingga Ustaz Hafiz pulang.
1. Shahir, Loqman dan Abah sibuk mengupas dan memotong bahan untuk memasak.
2. Aku hanya berlakon menyediakan bahan masakan. Orang lain sudah selesai buat. hehe..
3. Ini juga lakonan, tapi nampak macam betul. Tahniah Ustaz Hafiz.
4. Syeikh Wahbah Anwer, sahabat berbangsa Arab keturunan Rasulallah SAW.
5. Sedang sibuk menghidang makanan kepada tetamu. Nasi 2 periuk besar tidak cukup, terpaksa masak semula untuk tetamu yang datang lewat.
6. Aku dan Faridrashidi, penulis blog http://www.faridrashidi.com
7. Dua ekor kucing yang digelar Shincan dan Himawari. Kesejukan yang amat sangat memaksa mereka tidur. Orang lain sibuk melayan tetamu, dua beradik ini hanya tahu tidur. 😀
8. Bergambar dengan rakan seperjuangan.
9. Memuji Baginda Rasulallah SAW, dengan Qasidah dan Burdah oleh Syeikh Wahbah Anwer.
10. Sebelum memulakan perlawanan.
11. Gaya seorang pemain professional. Berjaya menghasilkan 1 gol sepanjang 2 jam permainan. Satu gol membawa balik kenangan selamanya. 😀
12. Keceriaan Ustaz Hafiz ketika dalam padang.
13. Menunggu kek dibuka.
14. Wah!! kek yang di bawa oleh adik-adik baru khas untuk Ustaz Hafiz.
15. Bergambar di rumah sebelum bertolak ke lapangan terbang – Cairo International Airport.
* Aku sangat sedih, nak keluar air mata pun ada. Tapi tahan, hehe. Entah bila boleh jumpa lagi. Gurau dan lawak bersama Ustaz Hafiz menjadi kenangan.