Beberapa emel menerjah masuk ke kotak emel. Kebanyakan bertanya tentang pembangunan web, baki berkaitan hal ehwal ibadat. Aku tertarik dengan satu emel yang berkaitan dengan pembangunan web, diakhir emel tersebut satu soalan yang aku akan jawab pada entri kali ini. Soalan aku terima seperti ini
… kenapa tidak membantu di forum *sekian* dan *sekian*. Dulu aktif berforum, sekarang tidak. kenapa ya?
Aku akan menjawab dengan jujur, bukan aku tidak gemar berforum. Cuma..
- Aku tidak gemar forum yang bertanyakan masalah, kemudian menjadi topik sembang, mentang-mentang la kenal sesama sendiri kan. Si bertanya bingung mendapatkan jawapan yang perlu membuka berpuluh-puluh page yang entah ada atau tidak jawapan yang ditanyakan.
- Kesian aku tengok orang bertanya dihentam kerana tidak melakukan carian terlebih dahulu, sepatutnya tegur dengan cara elok. Bukan dengan menjatuhkan air muka si bertanya. Dengan orang yang bertanya itu langsung tidak tahu apa-apa, mungkin juga tidak pernah berforum. Beri peluang untuk dia bergerak dengan cara menegur dengan elok.
Pengalaman aku, pernah terjadi perbalahan disalah satu forum disebabkan aku, dan mengambil langkah mengundur diri.
Cerita 1. Begini ceritanya, 6-7 tahun dahulu aku sertai sebuah forum antara yang popular dan ramai pengunjung. Oleh kerana terlampau banyak masalah yang sudah diselesaikan, aku mulakan dengan carian. Boleh dikatakan masalah yang berlaku pada aku sudah berlaku pada orang lain dan terdapat jawapan yang sudah diselesaikan di forum tersebut. Aku terasa amat bersyukur, lalu menghantar mesej kepada admin mengatakan terima kasih dan forum ini amat membantu walaupun aku jarang menulis topik baru dalam forum.
Tanpa disangka, admin forum tersebut membuka topik berkaitan mesej yang aku hantarkan. Terima kasih dan contohi *username aku* kerana melakukan carian terlebih dahulu. Topik dibincangkan hangat, ada yang kutuk aku dan ada yang sokong. Kemudian, mungkin ada yang tidak puas hati dan bergaduh dalam forum, dan mengata lebih kurang kepada aku. Salah ke aku hantar mesej, ucap terima kasih kerana wujudkan forum dan bantuan seperti itu? Mungkin silap aku hantar mesej macam tu. haha..
Ayat terakhir aku tulis, sila hapuskan akaun, aku tidak mahu forum ini tegang disebabkan aku dan aku undurkan diri. haha.. tiba-tiba ramai pula yang sokong, pelik. Aku tetap mengundurkan diri. Sekarang forum tersebut sudah tidak aktif. Apa-apa pun terima kasih kerana membantu aku sehingga aku mampu bergerak sendiri dan membantu orang lain. Aku gembira!.
Cerita 2 : Mungkin dalam cerita kedua ini aku akan mengkritik forum-forum yang aku pernah sertai. Ini pasal dua point yang aku nyatakan diatas. Jadi, tanpa menimbulkan masalah, cukuplah setakat ini. hehe. Apa yang aku nampak pada forum yang seperti ini, ramai ahli lari dan tidak aktif.
Jadi, kepada pengguna yang baru aktif berforum, teruskan. Walaupun sedikit lambat untuk mendapatkan respon, sabar dan tunggu, pasti ada insan yang akan membantu. Itulah aku dulu.
Bagaimana pengalaman anda? haha.. mesti seronok mengenangkan perkara lampau..