Abdullah dan Aminah
Selama hidupnya Abdul Muthalib diberi oleh Allah sepuluh orang putera. Semua puteranya sangat disegani oleh bangsa Quraisy. Salah seorang putera Abdul Muthalib yang paling disayangi oleh beliua adalah Abdullah ayah Nabi Muhammad S.A.W. Setelah Abdullah cukup umur, beliau dikahwinkan dengan seorang puteri yang sangat terkemuka diantara kaumnya yang bernama Aminah.
Namun, sayang sekali kerana tempoh perkahwinan kedua insan itu tidak panjang. Sebelum setahun dari perkahwinan mereka, Allah telah memanggil Abdullah kembali kepadaNya. Tetapi sebelum Abdullah wafat, beliau sempat menyimpan benih suci dalam rahim ibunda Nabi. Selama dalam tempoh mengandung itu, ibunda Nabi sentiasa dalam mimpi tanda-tanda kebesaran bayi yang ada dalam kandungannya.
Kelahiran Nabi
Tepat pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal bertepatan 20 April 571M, alam semesta bergembira dengan kelahran seorang bayi suci yang akan menjadi Nabi akhir zaman. Sedang menurut ahli ilmu falaq Mesir, Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April tahun 571M. Bayi suci itu tidak lain adalah Nabi kita Muhammad. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murra bin Kaab bin Luaiy bin Ghlaib bin Fihr bin Malik bin Madher bin Kinanah bin Khuzainah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Maad bin Adnan. Nasab Adnan berakhir dengan nasab Nabi Ismail bin Ibrahim A.S.
Ketika bayi suci itu lahir, ibunya segera mengirimkan pada datuknya Abdul Muthalib. Dengan wajah yang berseri-seri, bayi suci itu diterima dan segera ditimang-timangnya dalam Kaabah. Beliau berdoa dalam Kaabah sambil bersyukur pada Allah atas kurniaNya yang Maha besar itu. Kemudian, beliau memberi nama bayi suci tersebut dengan nama Muhammad walaupun nama Muhammad merupakan sesuatu yang asing sekali bagi bangsa arab. Namun, beliau mengharapkan agar bayi itu kelak akan terpuji baik di langit mahupun di dunia. (Muhammad ertinya terpuji).
Penyusuan Nabi Muhammad S.A.W
Pada mulanya Nabi disusui oleh Suaibah hamba wanita Abu Lahab selama beberapa hari. Kemudian Abdul Muthalib memberikan cucunya yang paling disayangi itu kepada seorang ibu susu yang datang dari kampung seperti kebiasaan bangsa Arab. Bangsa Arab lebih senang untuk meyusukan anaknya kepada ibu susu dari kampung kerana keadaan di kampung udaranya lebih bersih untuk pertumbuhan anak kecil. Di samping pengaruh kampung sangat baik sekali bagi pertumbuhan akhlak si bayi dan bahsa di kapung lebih fasih daripada bahasa kota.
Waktu itu ada beberapa wanita datang dari kampung Banu Saad untuk mencari pekerjaan menyusukan anak bayi. Wanita Banu Saad sangat terkenal dengan pekerjaan mereka yang satu ini dan terkenal dengan kefasihan bahasanya. Di antara mereka yang datang itu adalah Siti Halimah Sa’diayah. Siti Halimah datang kerana waktu itu kampungnya sangat terdesak. Pada umumnya para ibu susu itu mencari bayi dari keluarga kaya agar mereka mendapat upah yang besar. Pada mulanya setiap kali bayi Abdul Muthalib itu ditawarkan pada setiap orang, mereka selalu tolak termasuklah Siti Halimah yang pada itu juga mencari bayi dari keluarga orang kaya. Namun sayang, Siti Halimah tidak mendapat bayi orang kaya, kerana itulah beliau terpaksa menerima bayi Abdul Muthalib yang miskin dan yatim.
Setelah bayi Abdul Muthalib itu diterima oleh Siti Halimah, Allah memberikan rasa cinta di hati Siti Halimah, sehingga beliau amat sayang sekali pada bayi yatim dan miskin itu. Dan Allah juga memberikan rezeki dan keberkatan bagi keluarga Halimah yang fakir. Sehingga ramai kaum wanita yang menyusui bayi keluarga orang kaya merasa hairan terhadap rezeki dan keberkatan yang diberikan kepada keluarga Siti Halimah. Untuk itu mereka banyak berkata kepada Halimah : “Hai Halimah, sungguh beruntung sekali kamu dengan menerima bayi yang membawa keberkatan bagimu.”
Nabi berada di kampung Banu Saad selama dua tahun. Selama itu keluarga Siti Halimah hidupnya sangat bahagia sekali. Kerana rezeki makin lama makin bertambah kaya. Dan keluarga itu itu sangat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rahmatNya kepada si bayi dan keluarga Siti Halimah. Sedangkan Muhammad makin lama makin membesar dengan baik dan sangat dikagumi oleh teman sebayanya.
Waktu Nabi berumur dua tahun, beliau dibawa oleh keluarga Siti Halimah berkunjung ke rumah ibunda Nabi di Kota Mekkah. Kemudian Siti Halimah merayu kepada ibunda Nabi agar rela mengembalikan Nabi sekali lagi ke rumah Halimat di kampung sampai anak itu agak besar. Permintaan itu dikabulkan oleh ibunda Nabi dan akhirnya Nabi kembali lagi ke kampung Siti Halimah.
Pada suatu hari ketika Nabi masih diasuh di kampung Banu Saad, didatangi oleh dua orang Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk membelah dada Nabi dan membersihkannya dari segala tabiat buruk sebagai persiapan untuk menerima tugas risalah di kemudian hari.
Selama di kampung Banu Saad, Nabi Muhammad menggembala kambing Siti Halimah bersama saudara-saudara susunya. Sejak kecil beliau biasa hidup sederhana seperti yang terbiasa di kampung. Selama di kampung beliau juga terbiasa dengan bercakap dalam bahasa Arab yang fasih. Bahasa Arab Banu Saad sangat terkenal akan kefasihannya. Kerana itu tidak heranlah bila kelak Nabi berbangga didepan para sahabat beliau dengan sabdanya :
“انا اعربكم وانا قريشي واسترضعت فى بنى سعد بن بكر”
Ertinya : “Aku orang yang terfasih daripada kamu dan aku seorang Quraisy yang dibesarkan di kampung keluarga Banu Saad bin Bakar.”
salam maulidur rasul.. nice info..
Info yang sangat berguna,mari ambillah ikhtibar dari kisah ini…
Assalam… terima kasih atas artikel yang lebih mendekatkan aku kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W….
Nice info. Thanks 🙂
Salam maulidur rasul. Memang info terbaik!
wah, menarik betul theme ni. hehe…
org lain buat ni, tuan tanah guna je.. haha
thanks…maklumat yg berguna dn berinformasi..thanks for sharing………
Perkongsian terbaik..bersama2lah kita mengikuti perkembangan sejarah junjungan rasullullah SAW.
info yg berguna dn ptot kita thu untuk diingati…terima ksh…
nice info..tq
salam….
semoga bertambah kecintaan kita pada rasulullah saw apabila kita membaca sirah baginda saw utk mengenal baginda saw lebih dekat lg… ameen
Alhamdulillah~ =D
Patut menjadi idola setiap umat manusia