Setelah hampir 2 minggu mendiamkan diri, kini aku kembali untuk kemaskini blog kesayangan ini :D . Sambil membaca di google reader dan blogwalking, terserempak dengan blog
Anwar Osman, ada contest
Show Me Your Desktop Contest by Anwar’s Blogshop. Ringkas sahaja contest ini, itu yang menarik minat aku untuk join. Sudah lama tidak join contest, apa salahnya sekali sekala mencuba. Ada juga benda yang boleh aku update blog ini. Jom join..
[caption id="attachment_980" align="aligncenter" width="500" caption="Gemar desktop ringkas dan bersih"]

[/caption]
Inilah rupa desktop aku, latarbelakang
wallpaper alam semulajadi akan berubah 15 minit sekali. Sejuk mata memandang. Setelah upload
screenshot, baru aku perasan dimana
CPU usage dan
Network in and out kosong, ini menunjukkan CPU pada komputer aku berhenti seketika kerana tiada sebarang proses sedang berjalan semasa aku mengambil
screenshot ini (
Cool'n'Quiet™ Technology).
Aku juga tidak gemar icon yang serabut pada desktop, jadi semua
shortcut aku letakkan pada
Start Menu. Manakala
shortcut penting untuk folder, aku pinkan pada
taskbar. Untuk akses, hanya klik kanan pada
pinned folder di
taskbar dan pilih folder yang telah diinginkan. Mudah bukan? Tetapi aku lebih suka Ubuntu kerana kepantasan :D . Untuk contest ini aku menggunakan windows 7.
Untuk maklumat lanjut contest ini bolehlah berkunjung ke blog saudara
Anwar Osman, hadiah RM100 menanti para peserta. Tarikh tamat pada 30 Disember 2010 jam 12.00 am, Selamat berjaya kepada semua. hehe..
Sila abaikan 2 screenshot lama dibawah ini, tidak termasuk didalam pertandingan.

Desktop ubuntu aku yang juga ringkas dan bersih. Wallpaper juga hijau.

Wallpaper juga hijau. :D Pada pendapat aku, Mac merupakan OS yang masih tiada tandingan sehingga kini. Kepantasan, keselamatan dan lain-lain yang membuatkan aku suka!