Sejak demam ni, aku sudah tidak bersukan, hampir sebulan tidak mengeluarkan peluh berlari kerana kejar bola. Semakin lama tidak bersukan, rasa teringin itu kembali, rindu untuk bersukan :D . Sempat juga aku melihat kembali foto-foto lama yang menjadi kenangan zaman kegemilangan dulu. haha. Gemilang itu terbilang. Jadi, aku sertakan gambar pada entri kali ini.
[caption id="attachment_950" align="aligncenter" width="500" caption="Skill yang tidak seberapa"]

[/caption]
Seronok, keluar pagi-pagi dengan sejuk embun untuk bermain bola. Rumput hijau yang tidak gatal walaupun main golek-golek. hehe. Suasana permainan ceria, cuaca cerah tidak hujan.
[caption id="attachment_951" align="aligncenter" width="500" caption="Teman FC"]

[/caption]
Teman FC yang hampir-hampir menjejak kaki ke separuh akhir. Tewas pada suku akhir. Tidak mengapa, nasib tidak menyebelahi kami.
[caption id="attachment_952" align="aligncenter" width="500" caption="Johan Futsal - Piala Exco"]

[/caption]
Johan piala exco, permainan tanpa kalah hingga ke perlawanan akhir dengan penentuan penalti. Aku paling tidak gemar mengambil sepakan penalti. :D
[caption id="attachment_953" align="aligncenter" width="500" caption="Johan Piala Presiden"]

[/caption]
Piala presiden 2009, Johan. Membawa pulang piasa pusingan. Bila pula ya dapat bermain dengan pasukan ini lagi. Hampir sebahagian sudah berpisah. Rindu kalian semua.
[caption id="attachment_954" align="aligncenter" width="500" caption="Rehat dalam kesejukan"]

[/caption]
Rehat sambil memerhati aksi pasukan lawan yang bakal bertarung pada perlawanan seterusnya. Merancang strategi yang kepada kejayaan. hehe.
[caption id="attachment_955" align="aligncenter" width="500" caption="Bahagian di tepi sungai"]

[/caption]
Bergambar sambil makan kacang ditepi sungai, kami johan! haha..
[caption id="attachment_956" align="aligncenter" width="500" caption="Ahmad Rushdi - The Sniper"]

[/caption]
Jangan hanya bermain bola, aku juga merupakan seorang penembak tepat. Tengok tu, dengan kusyuk skali aku membidik target, siap jaket kulit sebagai keselamatan. Senapang angin je pun. :D
Sekian, semoga terhibur. :)