Islamic Fashion Festival?

Mungkin aku sedikit lambat menceritakan perkara ini, tapi aku tetap ingin menulis. Pada mulanya aku sedikit gembira apabila membaca tajuk Islamic Fashion Festival dan tidak sabar untuk mengetahui apa bakal ditayangkan. Setelah melihat gambar-gambar dari festivel tersebut, aku sedikit terkejut. Inikah islamic fashion?

Apa yang aku bayangkan pada mulanya adalah fesyen pakaian islam dunia, contoh malaysia dengan baju melayu, sampin dan lain-lain. Negara arab pula dengan jubah, serban, tudung dan sebagainya. Apa yang aku lihat hanyalah fesyen yang membuka aurat yang jelas menghina nama islamic yang digunakan.

Perdana Menteri bergambar di Islamic Fashion Festivel.

Inikah yang dikatakan fesyen islam? aurat tidak diutamakan.

Ini jelas menghina islam dengan tulisan pada bahagian bulat tersebut ialah perkataan ‘Muhammad’ dalam bahasa arab yang diterbalikkan. Aku terbalikkan gambar yang tersebut.

Perkataan ‘Muhammad’ jelas kelihatan apabila gambar diterbalikkan. Kenapa diterbalikkan? Takut orang lain perasan? Tidakkah anda berasa sedih atau bersalah apabila melihat festival seperti ini dijalankan..

Ceteknya pemikiran penganjur yang mengadakan festival seperti ini, nama islam dipermainkan. Aku takut dengan keadaan Malaysia yang semakin parah ini. Juga, aku hanyalah rakyat biasa yang ingin menegur orang atasan yang mengaku sebagai pemimpin negara islam, tetapi tidak melaksanakan cara islam yang sebenar. Islamic Fashion Festival adakah boleh dianggap sebagai satu event Islam? hanya pada nama!

*Aku ingin mengetahui maklumat lanjut festival ini, tetapi laman web utama telah ditutup dan tidak dapat diakses.