Oh, Masjid Al-Haram, aku ingin ke sana. Lama juga rupanya aku tak kemaskini blog ini. Ini blog aku, aku patut kemaskini la kan. Baik, aku juga rindu menulis. Nak menulis la ni. Ish, apa yang aku merepek sekarang ni.
Baiklah, serius ni. Hampir sebulan aku tidak menulis ni sebenarnya ada sebab tertentu. Itu korang semua tidak perlu tahu. Bagi aku, sepanjang aku tidak menulis ni, trafik atau pelawat datang ke blog aku meningkat secara mendadak, lebih dari aku kerap menulis (lebih baik tak payah menulis haha..) . Mungkin juga kesan dari plugin yang aku guna kot.
Tidak kurang juga yang rajin menghantar emel, bertanyakan tentang artikel-artikel yang aku tulis. Terima kasih aku ucapkan. Lebih baik jika kalian tinggalkan komen. Apalah sangat artikel-artikel aku tu, banyak merapu dari memberi faedah 😀 .
Sedang bergerak dari satu blog ke satu blog, aku sampai di SangPelangi, beliau menulis pasal mari bantu megat dot net. Aku sentiasa mendoakan agar beliau cepat sembuh. Kepada megat, tabahkan hati, banyakkan beribadat dan doa. Bat tidak lagi menggunakan wordpress. Affuan semakin merapu, selamat hari lahir, haha..
Disini aku juga ingin mengumumkan, aku tidak lagi menerima tempahan design grafik, tema wordpress dan juga web development. Aku sudah berhenti untuk itu semua, cukuplah setakat pengalaman yang aku dapat sepanjang beberapa tahun ini. Jika aku ingin teruskan, mungkin bukan sekarang. Tunggulah sehingga keajaiban muncul pada masa akan datang.
Copy paste artikel semakin menjadi-jadi sekarang ini bagi blogger baru, tidak mengapa, biarlah mereka, nanti fahamlah agaknya.
…………