Oh, Masjid Al-Haram, aku ingin ke sana. Lama juga rupanya aku tak kemaskini blog ini. Ini blog aku, aku patut kemaskini la kan. Baik, aku juga rindu menulis. Nak menulis la ni. Ish, apa yang aku merepek sekarang ni.
Baiklah, serius ni. Hampir sebulan aku tidak menulis ni sebenarnya ada sebab tertentu. Itu korang semua tidak perlu tahu. Bagi aku, sepanjang aku tidak menulis ni, trafik atau pelawat datang ke blog aku meningkat secara mendadak, lebih dari aku kerap menulis (lebih baik tak payah menulis haha..) . Mungkin juga kesan dari plugin yang aku guna kot.
Tidak kurang juga yang rajin menghantar emel, bertanyakan tentang artikel-artikel yang aku tulis. Terima kasih aku ucapkan. Lebih baik jika kalian tinggalkan komen. Apalah sangat artikel-artikel aku tu, banyak merapu dari memberi faedah 😀 .
Sedang bergerak dari satu blog ke satu blog, aku sampai di SangPelangi, beliau menulis pasal mari bantu megat dot net. Aku sentiasa mendoakan agar beliau cepat sembuh. Kepada megat, tabahkan hati, banyakkan beribadat dan doa. Bat tidak lagi menggunakan wordpress. Affuan semakin merapu, selamat hari lahir, haha..
Disini aku juga ingin mengumumkan, aku tidak lagi menerima tempahan design grafik, tema wordpress dan juga web development. Aku sudah berhenti untuk itu semua, cukuplah setakat pengalaman yang aku dapat sepanjang beberapa tahun ini. Jika aku ingin teruskan, mungkin bukan sekarang. Tunggulah sehingga keajaiban muncul pada masa akan datang.
Copy paste artikel semakin menjadi-jadi sekarang ini bagi blogger baru, tidak mengapa, biarlah mereka, nanti fahamlah agaknya.
…………
hehe. makasih. makasih. 😀
*apa plugin ko guna tu? hehe.
“Copy paste artikel semakin menjadi-jadi sekarang ini bagi blogger baru, tidak mengapa, biarlah mereka, nanti fahamlah agaknya.”
Yang itu aku sangat setuju, bukan setuju kepada aktiviti copy paste tapi setuju dengan pendapat bahawa kegiatan copy paste semakin menjadi-jadi. Jika di sertakan sumber atau backlink tu kira oklah jugak, tapi jika tidak, maknanya sama dengan menciplak.
Dah banyak kali aku terjumpa bahan yang orang copy paste dari laman aku… kalau di blog, bila aku komen, dia padam. kalau dia copy paste siap dengan gambar sekali, itu dah kira mencuri bandwidth lagi…. dan aku pun apa lagi bertindak dengan I.S.A (ikut suka akulah….)
Aku letak gambar porno dan rename dengan gambar resepi, bila orang buka web/blog tu ada resepi tapi gambarnya porno hahaha…. Bersalahkah aku?…..
hehe. copy paste tua biasa la kot. belajar dr orang. bila da pndi bejalan. pndi2 la dia org!
erm.. tulis la takat mana perlu.. buat twitter, bleh hupdet melalui henpon.. bleh gak la memblog. k..
@affuan : sesama… plugin biasa jaa.. aku rasa ko lebih tau dari aku.. hehe..
@ardzham : hmm.. biarlah.. org baru skrg ni mmg mcm tu.. erk! tak tergamak nak buat mcm pakcik wat.. haha
@Sweet Thinker : yap.. betul tu.. tapi kalo dah bnyk2 ni melarat la jugak.. apsal blog ko tak ada perenggan??
@anasxz : hehe.. boleh ja nak buat.. dah boring guna hp ni.. beli iPhone ok paa… 😀
takde perenggan ke? ahhah. ntah!
beli imate.. murah..
erk? mcm mana aku tak perasan catatan ni? aku check link kat google baru jumpa (hu3).
terima kasih atas doa, insya allah semuanya semakin baik walau pun masih ada sisa yang ditinggalkan.
hehe.. takpe megat. harap sihat selalu.. semua ini ujian belaka..