Setiap ibubapa sayangkan anak mereka. Mereka inginkan si anak berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Jasa mereka terhadap kita terlalu besar. Jika dihitung dari segi kewangan, nili sumbangan mereka kepada kita sejak dilahirkan hingga tamat sekolah atau universiti adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin dapat ditafsirkan. Semua ini bukan dilakukan setahun dua, tetapi sehingga kita dewasa. Maknanya jasa ibu dan bapa terhadap kita terlalu besar.
Sebagai balasan apakah yang dikehendaki mereka. Sumbangan kewangan? Walaupun tindakan tersebut elok dilakukan oleh anak-anak, ibubapa tidak mengharapkan itu sebenarnya. Mereka sudah cukup gembira sekiranya kita berjaya dalam hidup. Maka sebagai langkah permulaan, kita hendaklah berjaya dalam setiap kerja yang dilakukan.