Assalamualaikum, salam sejahtera. Kini muncul satu blog baru bernama Ahmad Rushdi Dot Com. Satu blog yang diambil dari nama asal penulis. Domain ahmadrushdi.com ini muncul setelah muncul domain mohdhuzairy.com dan amanfirdaus.com. Jika anda perasan ketiga-tiga domain ini mempunyai persamaan 11 konsonan huruf. Kebetulan? Jika ada lagi yang sama seperti ini, mari kita wujudkan family! 😀 .
Kini muncul dengan theme baru buatan sendiri yang tidak berapa cantik untuk keluaran pertama ini, mungkin akan lebih menyerlah pada keluaran versi akan datang. 2 column, warna yang cerah, dropdown menu, dan lain-lain. Masih banyak kelemahan untuk diperbaiki.
Saudara Bat dari Infomalaya mencadangkan agar theme ini dikeluarkan untuk umum seperti mana pelangi!, theme yang cool!. Pelangi juga diguna oleh asblogger. Huh! sesuatu yang paling tidak senang, kerana kerja kita dilihat oleh orang lain. Mungkin mempunyai banyak kerosakan atau kesilapan susun atur. Ini kerana saya tidaklah sehebat webdesigner lain. Tapi bagus juga kalau dikeluarkan untuk umum kerana boleh juga kesan kelemahan dan kritikan membina theme tersebut. Mungkin sedikit masa lagi.
Theme yang dimaksudkan itu diberi nama Li-Tilwu, diambil dari perkataan arab, Li : Untuk, Tilwu : mengiringi. Mungkin satu gabungan yang salah dari segi makna dan perkataan. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa nama begitu pelik. Biarlah ianya pelik.