Clik here for other languages. Thank You.
Ketika kepala aku panas selepas study, aku meluangkan masa sebentar membaca feed dalam Google Reader. Tajuk yang menarik ditulis oleh Amanz dan Infomalaya. Iaitu Google Chrome 5 beta — Sangat laju.
Aku tersenyum seorang diri. Betul ke Google Chrome ni laju. Aku pun tanpa membuang masa terus menonton video yang disediakan. Lihat dengan saiz yang besar (HD – High Definition).
Apa yang aku nampak adalah seperti gambar berikut.
Gambar kedua pula, lihat dengan teliti.
Anda semua nampak apa yang aku nampak disitu? hehe 🙂 tidak nampak? teruskan membaca.
Apa yang aku kagum adalah kesungguhan pasukan google chrome menguji kepantasan browser tersebut, berbagai cara mereka lakukan. Lucu!
Ok, mari kita zoom gambar daripada video tersebut.
Kursor hanya klik butang forward. Menunjukkan laman tersebut telah dilayari sebelum ini. Kemungkinan browser belum clear semua cache.
Gambar kedua pula kursor hanya klik butang forward. Dan pada address bar tercatat seperti – file:///C:/Users/Kevin/Desktop/* (Ini adalah file html yang telah disimpan pada Desktop). Laman tersebut juga masih loading. jika anda perhatikan pada statusbar (bahagian bawah) dan loading status diatas.
Patutlah laju pun, save pada desktop, dan selepas itu run. 😀 Soalan aku, adakah kelajuan browser diukur menggunakan kaedah seperti diatas?. Mungkin aku yang masih tidak tahu akan hal begini.
Aku masih menggunakan Mozilla Firefox sebagai browser utama, cuba menggunakan Google Chrome, tetapi rasa seperti tidak puas. Anda bagaimana?
Psss – aku hanya suka menonton video tersebut dan teringin membuat entri begini. haha ~
memang ada beza antara chrome dgn firefox. Memang chrome laju. Tapi bab gambar tu, memang sengal tak abesla. Kalau nak tipu pun pakaila virtual host. Gantikan local ip. Barulah nampak canggey sket effct tu kan. Haha…
ntah la laju ke tak, jarang sangat guna chrome ni, guna pun nak view theme je. hehe
tapi gambar tu memang betul2 sengal haha.. patut la laju.. 😀
memang laju bro..aku dah test banyak browser, ff,chrome,ie sucks,avant,opera..
pilihan aku tetap ff (untuk keje2 tertentu) tapi utk browse biasa2 jer, aku memang pakai chrome..
haaa.. nampak tak? still pakai ff kan untuk kerja tertentu.. haha.. bagus2
aku benci google chrome sejak dapat tau yg google chrome tak load web2 tertentu dengan sempurna.. berbanding firefox, firefox memang load semua web dengan perfect!! i love firefox..
huh! ini dah sampai tahap benci, susah nih hehe.. cuba la guna, mana tau kot2 jatuh cinta nanti.. hhaha..
google chrome ada je kat dlm laptop ni.. ade update terbaru, memang akan update terus.. pastu try test pakai.. tetap gak tak memuaskan hati.. huhu..
dulu Opera pon ckp browser die paling laju kat dunia.. tp tu just kenyataan kosong.. tak laju langsung.. internet malaysia pon jadi punca browser slow..
aku suke firefox sebab bnyk plugin.. extension firebug utk chrome ntah2 ape2.. kalo firebug for chrome tu sama perfect mcm kt firefox, memang google chrome boleh masuk senarai browser terbaik bg aku.. 😉
ahaha. sampai ke situ sekali hang kaji yerk? dasat. ehe~
haha. eh, tak kaji pun. Asalnya terfikir, dimanakah kursor mouse tu klik je. Sbb tu stop gambar, tgk2 nampak pula link tu.. hehe
depend jugak line broadband jenis apa. Kalau laju tapi tak stabil pun tak guna jugak.
Masa diorg test ni speed dia 15Mbs mengikut apa yg tercatat kat youtube tu. hehe.
Bila agaknya ya internet kat Malaysia nak stabil dan maju.. hermm.. 😀
Ah kantoi, hehe =P
Dari hujung tahun lepas, dah tak guna langsung FF. Kuat makan memori, kalau nak dibandingkan dengan chrome.
Cuma masalahnya, takleh nak guna firebug dalam chrome. =_=
haha.. mmg kuat makan memori, la ni pun dok cuba2 bg biasa dgn chrome.
firebug tak diperlukan kot untuk org seperti bat neh. ~ 🙂