Gempa Bumi Di Greece Turut Gegar Mesir

Gempa Bumi - *gambar hiasan

Lama tidak menulis ya. Tajuk entri juga nampak begitu formal. Petang tadi, waktu Mesir jam 3.35 pada 1 April 2011, gegaran berlaku. Agak kuat juga gegaran kata kawan-kawan. Aku tidak rasa gegaran disebabkan berada dalam kenderaan. 🙂

Gempa Bumi kuat telah melanda selatan Pulau Crete di Greek. Gegaran turut dirasai oleh Mesir dan Turki. Gempa Bumi berkekuatan 6.2 pada skala richter dilaporkan oleh Insitusi Geologikal Athen dan Pusat Kajian Jerman. U.S. Geological Survey memberikan maklumat awal yang sedikit rendah iaitu berkekuatan 5.9 pada skala richter. Magnitud yang telah direkodkan oleh Institusi-Institusi atau lembaga Geologi sering berbeza. 🙂

Harap tidak adalah berlakunya Tsunami atau kerosakan teruk seperti yang berlaku di Jepun baru-baru ini.