Cara Membuat Business Card

Sudah lama tidak bersua, aku sedikit sibuk. Pada kali ini aku ingin kongsi cara membuat business card, bukan dengan Microsoft Publisher, bukan dengan Adobe Photoshop, dan bukan menggunakan sebarang software. Barang yang diperlukan hanya kayu aiskrim dan pensel (terpulang jika ingin menggunakan pen).

Aku membuat benda ini selepas makan, rehat setelah kenyang. Hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kebetulan ada kayu aiskrim yang aku simpan. Idea pun timbul. Apa lagi, conteng la. Tapi, pastikan kayu aiskrim bersih ya! hehe. Caranya mudah, ambil satu kayu aiskrim, tulis nama. Satu lagi tulis emel, satu lagi tulis nombor telefon dan seterusnya. Jom lihat hasilnya.

adasd
Selesai menconteng

Cantik tak? Itulah hasil yang aku dapat, maklumlah tulisan tidak cantik. hehe. Semua maklumat di atas adalah benar ya. Jangan misscall, aku tidak suka. Call dan SMS boleh. 😀 haha.

Cantum
Cantum

Kalau anda kreatif, boleh sambungkan dengan menggunakan gam. Ada kawan disebelah ni mencadangkan tebuk kayu dan ikat dengan benang, bagus juga idea tu. Cantik gitu. Kalau anda berjaya buat, jangan lupa kongsi kreativiti business card anda. hehe..

psst: Awat la aku dok pi post entry lagu ni, hampa tak rasa pelik ka? hahaha..