Sambungan dari Pengenalan HTML5 dan CSS3.
Setelah kita faham apa itu HTML5 dan CSS3, kita akan sambung pembelajaran kita membina laman web ini dengan mengetahui pula asas halaman HTML.
Sebelum saya menerangkan lebih lanjut, saya tunjukkan asas halaman HTML yang dipaparkan pada pelayar web tanpa adanya CSS.
Seterusnya saya tunjukkan paparan kod HTML yang digunakan untuk memaparkan halaman seperti gambar di atas.
Perhatikan pada bahagian antara <body> dan </body>, bahagian ini sahaja akan dipaparkan pada pelayar web seperti gambar pertama tadi.
Penerangan
Kod HTML dimulakan dengan tanda DOCTYPE, dimana menunjukkan versi HTML pada halaman. Anda perlu sentiada memulakan dengan DOCTYPE kerana ia menunjukkan bahawa kod tersebut adalah HTML5. Huruf kecil dan besar tidak penting, cumanya ia biasa digunakan dengan huruf besar.
Bermula dari <!DOCTYPE html> hingga ke </head> tidak akan dipaparkan pada halaman web pada pelayar web kecuali elemen <title> </title>, kerana <title> </title> ini akan terpapar pada atas pelayar web atau pada bahagian tab.
<title> </title> ini juga sebagai maklumat kepada pengguna yang melayari halaman anda dan juga perkara yang dicari oleh enjin carian.
Seterusnya disambung dengan elemen <body> dan berakhir dengan </html>. </html> adalah tanda akhir bagi kod HTML atau halaman web.
<article> adalah tanda untuk membezakan kandungan pada halaman. Ini adalah asas yang ada pada HTML5.
<h2> adalah bahagian yang selalunya dikenal sebagai tajuk (berdasarkan kefahaman saya). Anda boleh menggunakan sama ada h1, h2, h3 sehingga h6. Untuk mudah faham, h2 adalah tajuk kecil bagi h1, h3 adalah tajuk kecil untuk h2. Begitulah seterusnya.
Setiap halaman web perlu ada h1, h2, h3 dan seterusnya. Bergantung kepada kegunaan anda. Ini kerana setiap tanda tajuk ini adalah berbeza dari segi saiz.
<footer> pula adalah tanda menunjukkan bahagian bawah halaman anda.
<small> digunakan untuk menunjukkan teks yang dipaparkan lebih kecil dari teks asas yang dipaparkan pada pelayar web.
Ok, mungkin antara anda yang masih kurang faham tentang kod HTML ini. Tidak mengapa, ini hanya permulaan. Artikel seterusnya saya akan terangkan dengan lebih lanjut dan beberapa elemen lain seperti header, nav, section dan banyak lagi.
Jika masih tidak faham, jangan malu untuk bertanya.