Aku dan Permainan Catur

chess

Aku ni boleh dikatakan antara orang yang ketagih untuk bermain catur, sebelum ini aku bermain Gameknot, masa dulu percuma. Sekarang perlu bayar pula untuk bermain, jadi aku berhenti main catur kat situ.

Seminggu lepas, aku ada masuk satu pertandingan catur yang dianjurkan oleh Kedutaan Malaysia Kaherah, sempena Festival Asean. Ramai juga peserta yang ambil bahagian, rasanya dalam 20 orang lebih.

Berlangsung selama 3 hari, yang aku pergi cuma 2 hari. Sebab kalah haha.. Keputusan aku masa kat sana, Menang 3, kalah 2, seri 1. Pertama aku kalah dengan kawan aku sendiri, satu pasukan. Ini kerana ia dikira permainan individu. Kedua aku kalah dengan pemain dari indonesia, dia memang berbisa. Tunggu tahun depan kita bertemu semula.  Manakala aku seri dengan En. Zainuddin, Timbalan Pengarah JPMK (Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah). Dia main juga. Aku seri pun sebab azan Jumaat, dia yang minta seri. Aku masih ingat kata-kata dia masa main dengan aku 😀 :

Otak tua tak larat nak fikir dah nih..

Banyak juga kelemahan pihak penganjur berkaitan sistem pengurusan pertandingan catur ini. Tapi, apa boleh buat, mungkin ada sedikit masalah dari mereka. Harap lepas ni lebih bagus. Lepas main, turun makan, ada bazar kat situ. Macam-macam masakan ada..

Kepada sesiapa yang nak bermain catur dengan aku, boleh hubungi. Apa itu catur? catur adalah chess, chess adalah catur 😀 .