Adakah Aku Telah Berubah?

Sejak akhir-akhir ini aku sering menerima mesej dari rakan-rakan. Mesej ini dihantar melalui Yahoo Messenger. Satu mesej yang aku kira memberi kesan mendalam terhadap diri aku. Mungkinkah aku telah banyak berubah? Apabila aku membaca :

Pemikiran kita adalah raja. Ianya menentukan kejayaan kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita mampu mengubah dunia jika itu yang kita fikirkan. Begitu juga sebaliknya. Tiada apa yang berubah selagi pemikiran kita tidak berubah. β€œBila kita mengubah pemikiran kita, kita sebenarnya mengubah kepercayaan kita; Bila kita mengubah kepercayaan kita, kita sebenarnya mengubah jangkaan kita; Bila kita mengubah jangkaan kita, kita sebenarnya mengubah sikap kita; Bila kita mengubah sikap kita, kita sebenarnya mengubah tabiat kita; Bila kita mengubah tabiat kita, kita sebenarnya mengubah prestasi kita; Bila kita mengubah prestasi kita, kita sebenarnya mengubah hidup kita; Semua ini bermula dengan mengubah pemikiran kita”

Ya! aku memang akui, aku telah banyak berubah. Aku tidak akan memberi alasan berkaitan perkara-perkara lain. Mungkin perkara lain juga penyebab aku banyak berubah. Telinga aku mungkin tidak dapat menghilangkan kesan nasihat dan teguran dari Ayah dan Mak. Aku merupakan anak yang agak nakal, mereka tetap sabar mendidik aku. Terima Kasih Ayah dan Mak. Aku merindui mereka berdua.

Aku berharap pada bulan ramadhan ini aku mendapat keampunan dan rahmat dari daripada Allah..

7 Comments

  1. Kau tahu, jika kehilangan keduanya, tiada apa lagi yang boleh dibawa bersama. Melainkan, nasihat dan kenangan lama. Jangan menunggu sehingga detik itu, baru kita hargai kewujudan dua insan penuh bermakna.
    Tahniah kerana menjadi anak yang menyejukkan perut ibu dan melegakan bahu ayahmu.

  2. @affuan : aku memilih berubah jadi incredible hulk.. boleh gi belasah ko skali.. haha.. gei tak leh.. Allah laknat.. haha..

    @sangpelangi : terima kasih, komen dengan gaya bahasa yg sedap dibaca..

  3. Tuhan ..
    layarkanku ke arah cintaMu
    tempuh liku menggapai redhaMu

    KepadaMu ya tuhanKu
    Berikan secebis keinsafan
    bekalan sepanjang perjalanan
    mencari ketenangan

    Jadilah saksiKu
    dalam tulus tangisku kala dini hari
    kesempatan yang ada hanya sebentar
    moga keikhlasanku terlakar

    Berikanlah aku hidayah
    agar dikuatkan iman yang lemah
    moga diberkati hidup ini
    menuju bahagia kekal abadi

    Harapanku moga dikurniakan
    manisnya iman berpanjangan
    semoga pelayaranku dilautan
    hilang geloranya ..

    p/s bukan rekaan sendiri, entah sapa tah yg cipta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.