Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Abdullah dan Aminah

Selama hidupnya Abdul Muthalib diberi oleh Allah sepuluh orang putera. Semua puteranya sangat disegani oleh bangsa Quraisy. Salah seorang putera Abdul Muthalib yang paling disayangi oleh beliua adalah Abdullah ayah Nabi Muhammad S.A.W. Setelah Abdullah cukup umur, beliau dikahwinkan dengan seorang puteri yang sangat terkemuka diantara kaumnya yang bernama Aminah.

Namun, sayang sekali kerana tempoh perkahwinan kedua insan itu tidak panjang. Sebelum setahun dari perkahwinan mereka, Allah telah memanggil Abdullah kembali kepadaNya. Tetapi sebelum Abdullah wafat, beliau sempat menyimpan benih suci dalam rahim ibunda Nabi. Selama dalam tempoh mengandung itu, ibunda Nabi sentiasa dalam mimpi tanda-tanda kebesaran bayi yang ada dalam kandungannya.

Kelahiran Nabi

Tepat pada hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal bertepatan 20 April 571M, alam semesta bergembira dengan kelahran seorang bayi suci yang akan menjadi Nabi akhir zaman. Sedang menurut ahli ilmu falaq Mesir, Mahmud Basya, kelahiran Nabi adalah tanggal 9 Rabiul Awal tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April tahun 571M. Bayi suci itu tidak lain adalah Nabi kita Muhammad. Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murra bin Kaab bin Luaiy bin Ghlaib bin Fihr bin Malik bin Madher bin Kinanah bin Khuzainah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Maad bin Adnan. Nasab Adnan berakhir dengan nasab Nabi Ismail bin Ibrahim A.S. (more…)