Ramai juga yang bertanya bagaimana hendak membuat live blogging. Jadi aku berikan 2 blog yang menunjukkan tutorial bagaimana hendak membuat live blogging langkah demi langkah. Sila layari blog Saudara Tengku Aizat dan Saudara Termizi. Mereka berdua menggunakan Flickr untuk menempatkan gambar.
Ok, aku akan tunjukkan cara yang berlainan dan mungkin agak sukar sedikit bagi yang masih baru.
Pastikan anda :
Mempunyai hosting sendiri.
Mempunyai wordpress siap dipasang.
Mempunyai akses hosting control panel.
Mempunyai talian internet yang aktif untuk telefon bimbit.
Langkah Pertama
Login ke hosting control panel, cipta emel baru, khas untuk live blogging.
Email pertama adalah untuk menerima dan email kedua adalah untuk menghantar.
Config Emel
Pada emel yang kita cipta tadi, klik Configure Email Client.
Paparan Emel
Paparan manual setting. Simpan untuk kegunaan langkah seterusnya.
Langkah kedua
Pasang plugin Postie pada wordpress anda, dan aktifkan plugin tersebut. Kemudian, ke postie setting. Setkan emel yang anda cipta tadi.
Set Emel
Setkan seperti yang tercatat pada paparan manual seting tadi. Port biasa untuk POP3 adalah 110.
Emel yang dibenarkan
Authorized, pastikan emel mana yang boleh menerima post tersebut. Andai kata aku menggunakan [email protected], masukkan pada kotak Authorized Addresses. Pastikan anda setkan email ini pada langkah ketiga nanti.
Setkan Kedudukan Gambar
Pada bahagian image, setkan mengikut citarasa. Ini menentukan tataletak gambar pada entry anda.
Langkah ketiga
Setkan emel untuk telefon bimbit anda. Aku menggunakan telefon bimbit Nokia s60. Hampir semua jenis telefon bimbit mempunyai fungsi yang serupa.
Sila ke Messaging > Options > Setting > Emel > Mailboxes > New Mailbox > Mailboxes Setting. Isikan semuanya seperti contoh yang rajah ketiga diatas.
Contoh yang diisi oleh aku. Pastikan emel yang dicipta pada awal tadi. aku menggunakan contoh [email protected]
Contoh :
Mailbox name : Apa-apa sahaja
Access point in use : Maxis (Contoh – gunakan Access Point yang aktif.)
Anda sudah boleh membuat live blogging. Hanya ke Messaging > New > Email. Hantarkan ke [email protected]. Format yang digunakan seperti berikut. Subject adalah sebagai Tajuk post anda, seterusnya penerangan, tags untuk masukkan tag.
kaedah amat berlainan sekali… nice info bro.
masalahnye adalah satu je teknik ni… image akan
disimpan terus dalam hosting. lama-lama tak sedar
capacity hosting dah nak penuh. just pendapat jer la kan.
ade option tak untuk solution image tu?
sebab selama ni aku gunakan liveblog Flickr.
owh, selamat datang. hehe..
Flickr ni kalo akaun free limit 200 newest photo display. Bila upgrade pro, boleh la nak masuk banyak mana pun dan gambar lama yg dihadkan 200 dulu boleh diakses seperti biasa..
ooo.. hehe. Tutorial kat atas ni guna data transfer rate, internet la senang cerita kan. Sebab internet untuk mobile sini murah, tapi ada limit la. hehe..
Maxis atas tu contoh je, untuk pengguna Malaysia. 😀
Tukar je la sim celcom tu ke broadband. boleh kan. Jenuh la nak bayar bulan2 pulak.. haha
Tak tahu pula cas Maxis berapa. hehe. Aku guna Etisalat. LE0.99 (RM0.60) dan Limit 5MB untuk sehari, lebih 5MB cas LE5/1MB. boleh lihat di http://www.etisalat.com.eg
Kalau setakat nak post 5-6 entry sehari pun tak sampai 5MB rasanya. hehe..
Tutorial Bagaimana Membuat Live Blogging
Ramai juga yang bertanya bagaimana hendak membuat live blogging. Jadi aku berikan 2 blog yang menunjukkan tutorial bagaimana hendak membuat live blogging langkah demi langkah. Sila layari blog Saudara Tengku Aizat dan Saudara Termizi. Mereka berdua menggunakan Flickr untuk menempatkan gambar.
Ok, aku akan tunjukkan cara yang berlainan dan mungkin agak sukar sedikit bagi yang masih baru.
Pastikan anda :
Langkah Pertama
Login ke hosting control panel, cipta emel baru, khas untuk live blogging.
Cipta Emel
Masukkan emel dan password, Create Account. Ciptakan 2 akaun email, pertama [email protected] dan yang kedua [email protected].
Email pertama adalah untuk menerima dan email kedua adalah untuk menghantar.
Config Emel
Pada emel yang kita cipta tadi, klik Configure Email Client.
Paparan Emel
Paparan manual setting. Simpan untuk kegunaan langkah seterusnya.
Langkah kedua
Pasang plugin Postie pada wordpress anda, dan aktifkan plugin tersebut. Kemudian, ke postie setting. Setkan emel yang anda cipta tadi.
Set Emel
Setkan seperti yang tercatat pada paparan manual seting tadi. Port biasa untuk POP3 adalah 110.
Emel yang dibenarkan
Authorized, pastikan emel mana yang boleh menerima post tersebut. Andai kata aku menggunakan [email protected], masukkan pada kotak Authorized Addresses. Pastikan anda setkan email ini pada langkah ketiga nanti.
Setkan Kedudukan Gambar
Pada bahagian image, setkan mengikut citarasa. Ini menentukan tataletak gambar pada entry anda.
Langkah ketiga
Setkan emel untuk telefon bimbit anda. Aku menggunakan telefon bimbit Nokia s60. Hampir semua jenis telefon bimbit mempunyai fungsi yang serupa.
Sila ke Messaging > Options > Setting > Emel > Mailboxes > New Mailbox > Mailboxes Setting. Isikan semuanya seperti contoh yang rajah ketiga diatas.
Contoh yang diisi oleh aku. Pastikan emel yang dicipta pada awal tadi. aku menggunakan contoh [email protected]
Langkah keempat
Anda sudah boleh membuat live blogging. Hanya ke Messaging > New > Email. Hantarkan ke [email protected]. Format yang digunakan seperti berikut. Subject adalah sebagai Tajuk post anda, seterusnya penerangan, tags untuk masukkan tag.
Yey! sudah selesai.
p/s : Ini adalah kaedah yang digunakan oleh aku, mungkin berbeza dengan orang lain. Kalau ada cara yang mudah sikit boleh la kongsi. hehe.
Jika ada sebarang masalah berkaitan, sila kemukakan. Jangan malu-malu.. 😀
33 replies to “Tutorial Bagaimana Membuat Live Blogging”
Kreuger
kaedah amat berlainan sekali… nice info bro.
masalahnye adalah satu je teknik ni… image akan
disimpan terus dalam hosting. lama-lama tak sedar
capacity hosting dah nak penuh. just pendapat jer la kan.
ade option tak untuk solution image tu?
sebab selama ni aku gunakan liveblog Flickr.
thanks!
admin
Mulanya memang nak guna flickr, fikir2 balik nak kena upgrade pro juga lepas ni. Duit lagi. haha.. tu yang guna hosting sendiri.
Pasal images ni rasanya tiada masalah. Lambat lagi nak penuh. Nanti penuh kita beli datacentre terus. hehe..
HIDUP SEORANG BLOGGER
rasanya dah lama inginkan live blog sendiri, tapi sampai sekarang tak setup2 lagi. cara bro macam menarik jerk, terima kasih bro. 🙂
admin
cuba la, mudah je ni. haha..
Piratz
Style gile ar.. nak try la yang ni…
admin
style kat mana tu? haha.. biasa saja ni. Seronok sendiri. keke..
Piratz
host kat hosting sendirik…
zoul
Hoho.. terima kasih.. tak tau plak ada cara ni. Aku nak test…
admin
hehe.. sama-sama. Banyak cara, ni salah satu. Test selalu la. keke.
Nizam6281
Dapat maklumat dari piratz
Flickr plak ada had die ke?
admin
owh, selamat datang. hehe..
Flickr ni kalo akaun free limit 200 newest photo display. Bila upgrade pro, boleh la nak masuk banyak mana pun dan gambar lama yg dihadkan 200 dulu boleh diakses seperti biasa..
Nizam6281
Adeh tak best lah coz saya guna tumblr sebagai liveblog tapi
benda tu die tak kira mms charge die kira tranfer rate
Macam masa tu saya send email ke tumblr then almost RM 2 die amik. Memang *&^%^# huhu
Saya guna celcom
admin
ooo.. hehe. Tutorial kat atas ni guna data transfer rate, internet la senang cerita kan. Sebab internet untuk mobile sini murah, tapi ada limit la. hehe..
Maxis atas tu contoh je, untuk pengguna Malaysia. 😀
Tukar je la sim celcom tu ke broadband. boleh kan. Jenuh la nak bayar bulan2 pulak.. haha
Nizam6281
I see
Kalau charge Maxis berapa? Then apa maksud ada limit plak tu?
Limit penghantaran or duit?
Aiseh Celcom mahal pulak
admin
Tak tahu pula cas Maxis berapa. hehe. Aku guna Etisalat. LE0.99 (RM0.60) dan Limit 5MB untuk sehari, lebih 5MB cas LE5/1MB. boleh lihat di http://www.etisalat.com.eg
Kalau setakat nak post 5-6 entry sehari pun tak sampai 5MB rasanya. hehe..
Nizam6281
Apa jenis operator tu tak pernah dengar kat Malaysian pon?
Malaysia punye orr?
Adlan Khalidi
oh. camni je ke..senang ajo.. tunggula aku ada henpon canggih sikit. nak tiru style mamat liveblogging terhebat si knizam tu.. hehe
admin
haha.. mudah je. tiru jgn tak tiru. hehe.
zik
owh macam tuh…… lepas nie credit aku cepat habis la…hehe
admin
hehe.. mahal eh kat malaysia? err. taktau pula. 😀
dipagihari
live blogging ni buat blog sendiri ke mcm blog ahmad rushdi ke
admin
mcm blog ni lah, cuma kategori je live blog. hehe.
hyprobulksms
Ni platform untuk blog apa ni? Boleh bagi link tak?
admin
platform untuk wordpress selfhost. Macam blog ni. 🙂
anasxz
salam. mcm mana nak letak gambar kat entry live blogging tu? mmg la kena tangkap gambar.. pastu camna nak tarik masuk ke entry?
admin
wslm.. gambar guna attachment, ada kat aplikasi email dlm hp. Insert Attachment. kena tangkap gambar dulu la. pastu hantar la guna emel. hehe.
anasxz
oo.. mmg ada insert attachment tu. terlupa pulak nak cari.. .. tq..
Luthfi
yeahh nak cuba nanti TQ share!
admin
cuba jgn tak cuba, pastikan internet aktif ya. haha..
denaihati
info yang memang aku cari ni
admin
eh, ya ke? takpa. Mudah je cara ni. Kalau yang pakai smartphone lagi mudah. keke..
cik puan mazlan
jalan2 sampai kat sini. Lain dari yang lain lar.. menarik ni.. tp aku tak ley wat macam tu la pulak. takder hosting sendiri…
| Jemputan untuk menyertai GA | Domain untuk dimenangi |
Ikhlas
– Qalish [Dot] Com –
admin
bila lagi nak cuba, cubalah dapatkan hosting. bawah seratus pun dah boleh skrg ni.